Thursday 15 May 2014

LATIHAN KEBAKARAN SK (P) JALAN YAHYA AWAL




 Murid-murid dan para guru mendengar taklimat daripada pegawai bomba dengan tekun




 Pegawai bomba menunjukkan demonstrasi cara-cara memadamkan api dengan menggunakan 'fire extinguisher'.


Pn. Aila mengambil bahagian mencuba memadamkan api


   Dua murid dari Tahun 6 turut mencuba memadamkan api menggunakan 'fire extinguisher'

        Taklimat penutup disampaikan kepada murid-murid.

Sunday 11 May 2014

Sambutan Hari Guru 2014



 Sesi bersalaman dengan guru-guru disamping memberi hadiah sebagai tanda penghargaan kepada guru yang telah mengajar.



 Antara juadah yang dipersiapkan semasa Sambutan Hari Guru oleh kelab KEBIRU

 Persembahan Action Song dari murid kelas 3 Gemilang di bawah pimpinan En. Balan

 Guru-guru membuat persembahan bagi memeriahkan lagi majlis

Perlawanan bowling antara guru-guru SK (P) Jalan Yahya Awal di Danga City Mall

Saturday 10 May 2014

SEKAPUR SIRIH

Terima Kasih kerana sudi mengunjungi 

LAMAN WEB RASMI 
SEKOLAH KEBANGSAAN (P) JALAN YAHYA AWAL



Senja gemilang bayu berpuput,
          Gugur kenanga di celah jerami,   
Besarlah hati kami menyambut ;
      Tuan bertamu ke negeri kami.

Anak ayam disambar musang,
      Musang diam di balik kuini,
Teratak kami banyak yang usang ;
          Harapkan damai Tuan di sini.

Anak nyonya menuju pekan,
          Bawa bakul si bunga tanjung,
Selamat datang kami ucapkan ;
       Budi Tuan rasa nak junjung,

Serindit berkicau di pohon jati,
          Tempat bermain anak kenari,
Bagai berdendang paluan hati;
          Dengar khabar Tuan ke mari.

Sampan kolek mudik ke hilir,
                Sarat muatan rempah dan jamu,
Layar dikembang, senyum diukir ;
                    Menyambut Tuan datang bertamu.

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Rendah Kebangsaan Perempuan Yahya Awal, Johor Bahru mengambil sempena nama Jalan Yahya Awal yang bermula dari persimpangan Jalan Mahmoodiah atau Jalan Ayer Molek hingga ke persimpangan Jalan Tun Abdul Razak berdekatan Jabatan Bomba. Nama Yahya Awal diambil sempena seorang tokoh ternama di Johor Bahru pada suatu ketika dahulu.

 

Bangunan sekolah ini pada asalnya ialah tapak pasar Jalan Yahya Awal yang telah diubahsuai lalu dijadikan sebuah sekolah yang menjadi cawangan S.I.G.S. Primary Girl’s School dengan muridnya seramai 400 orang. Tindakan ini adalah dasar keperluan pendidikan ketika era pasca kemerdekaan Tanah Melayu. Pada ketika itu, wakil Guru Besar pada sesi pagi ialah Pn. Rafe’ah binti Datuk Abdul Rahman manakal wakil Guru Besar pada sesi petang pula ialah Y.M. Ungku Esah Binti Engku Abu Bakar.


Pada tahun 1961, sekolah ini telah berpisah daripada SIGS dan menjadi Primary Girl’s School Jalan Yahya Awal. Secara rasminya, Guru Besar pertama Primary Girl’s School Jalan Yahya Awal ialah Pn. Rafe’ah binti Datuk Abdul Rahman.


Pada tahun 1963 bilik khas pertama telah dibina iaitu sebuah bilik muzik. Kemudian, sekolah ini mempunyai padang sendiri bermula pada tahun 1964. Pada tahun 1964, jumlah murid seramai 900 orang dan sebilangan murid sekolah ini ditumpangkan di bangunan Sek Abdul Rahman Andak di sebelah petang di bawah penyeliaan Cik Zaleha binti Mahmood.


Pada tahun 1968, sekolah ini bertukar nama kepada Sek. Ren. Keb. (P) Jalan Yahya Awal, Johor Bahru. Pada tahun-tahun berikutnya banyak bangunan tambahan telah dibina seperti :

  • Bangunan tambahan dua tingkat dibina pada tahun 1970 dengan mempunyai 4 bilik darjah, 1 tandas murid dan 2 tandas guru serta kantin.
  • Pada tahun 1978, sebuah surau sekolah telah dibina oleh PIBG Sekolah ini.
  • Astaka sekolah telah dibina oleh PIBG pada tahun 1981.
  • PIBG telah membina sebuah bilik Klinik Gigi dan sebuah bilik Perpustakaan pada tahun 1982.
  • Pada tahun 1989 bangunan tambahan tiga tingkat telah siap dibina dan mengandungi sebilik pusat sumber, sebuah bilik perpustakaan, sebuah bilik tayangan, sebuah bilik pejabat, sebuah bilik guru, 8 buah bilik darjah serta kemudahan tandas guru dan murid.
  • Pada tahun yang sama juga, sebuah pentas dewan telah dibina oleh PIBG di bangunan tiga tingkat ini.
  • Pada tahun 1999 sebuah makmal komputer telah dibina oleh PIBG.
  • Bangunan baharu 4 tingkat 2 blok telah siap dibina pada tahun 2002 yang mengandungi sebuah perpustakaan, sebuah makmal sains, sebuah bilik muzik, sebuah bilik kemahiran hidup, stor sukan, sebuah makmal komputer, bilik guru, kantin sekolah, pusat sumber dan 8 buah kelas serta kemudahan bilik persalinan di dalam tandas serta tandas guru.
  • Pada 2006, pra sekolah mula beroperasi.
  • Pada Mei 2007, sebuah pusat akses telah dibentuk
  • Pada akhir tahun 2007, PIBG telah menyediakan kemudahan internet pada semua komputer sekolah, termasuk makmal komputer yang telah dibina oleh PIBG.  

GALERI SEKOLAHKU

MAULIDUR RASUL 2014





Lawatan Murid ke Kidzania Kuala Lumpur & Masjid 

Putrajaya 26 Oktober 2013



Acara Lari Merentas Desa 2011
















Saturday 3 May 2014

PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT




Program ini bertujuan mendorong rakyat Malaysia membaca, dimulai dengan LANGKAH AWAL selama 10 minit pada hari tersebut sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan dan kemudiannya meneruskan amalan membaca selama 10 minit Setiap Hari.








Perasmian Program Jom Baca Bersama 10 minit disempurnakan oleh Pn. Wan Noor Malinja bt. Wan Chik, Guru Besar SK (P) Jalan Yahya Awal.




 Guru-guru SK (P) Jalan Yahya Awal membaca bersama semasa program dijalankan