Saturday 10 May 2014

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Rendah Kebangsaan Perempuan Yahya Awal, Johor Bahru mengambil sempena nama Jalan Yahya Awal yang bermula dari persimpangan Jalan Mahmoodiah atau Jalan Ayer Molek hingga ke persimpangan Jalan Tun Abdul Razak berdekatan Jabatan Bomba. Nama Yahya Awal diambil sempena seorang tokoh ternama di Johor Bahru pada suatu ketika dahulu.

 

Bangunan sekolah ini pada asalnya ialah tapak pasar Jalan Yahya Awal yang telah diubahsuai lalu dijadikan sebuah sekolah yang menjadi cawangan S.I.G.S. Primary Girl’s School dengan muridnya seramai 400 orang. Tindakan ini adalah dasar keperluan pendidikan ketika era pasca kemerdekaan Tanah Melayu. Pada ketika itu, wakil Guru Besar pada sesi pagi ialah Pn. Rafe’ah binti Datuk Abdul Rahman manakal wakil Guru Besar pada sesi petang pula ialah Y.M. Ungku Esah Binti Engku Abu Bakar.


Pada tahun 1961, sekolah ini telah berpisah daripada SIGS dan menjadi Primary Girl’s School Jalan Yahya Awal. Secara rasminya, Guru Besar pertama Primary Girl’s School Jalan Yahya Awal ialah Pn. Rafe’ah binti Datuk Abdul Rahman.


Pada tahun 1963 bilik khas pertama telah dibina iaitu sebuah bilik muzik. Kemudian, sekolah ini mempunyai padang sendiri bermula pada tahun 1964. Pada tahun 1964, jumlah murid seramai 900 orang dan sebilangan murid sekolah ini ditumpangkan di bangunan Sek Abdul Rahman Andak di sebelah petang di bawah penyeliaan Cik Zaleha binti Mahmood.


Pada tahun 1968, sekolah ini bertukar nama kepada Sek. Ren. Keb. (P) Jalan Yahya Awal, Johor Bahru. Pada tahun-tahun berikutnya banyak bangunan tambahan telah dibina seperti :

  • Bangunan tambahan dua tingkat dibina pada tahun 1970 dengan mempunyai 4 bilik darjah, 1 tandas murid dan 2 tandas guru serta kantin.
  • Pada tahun 1978, sebuah surau sekolah telah dibina oleh PIBG Sekolah ini.
  • Astaka sekolah telah dibina oleh PIBG pada tahun 1981.
  • PIBG telah membina sebuah bilik Klinik Gigi dan sebuah bilik Perpustakaan pada tahun 1982.
  • Pada tahun 1989 bangunan tambahan tiga tingkat telah siap dibina dan mengandungi sebilik pusat sumber, sebuah bilik perpustakaan, sebuah bilik tayangan, sebuah bilik pejabat, sebuah bilik guru, 8 buah bilik darjah serta kemudahan tandas guru dan murid.
  • Pada tahun yang sama juga, sebuah pentas dewan telah dibina oleh PIBG di bangunan tiga tingkat ini.
  • Pada tahun 1999 sebuah makmal komputer telah dibina oleh PIBG.
  • Bangunan baharu 4 tingkat 2 blok telah siap dibina pada tahun 2002 yang mengandungi sebuah perpustakaan, sebuah makmal sains, sebuah bilik muzik, sebuah bilik kemahiran hidup, stor sukan, sebuah makmal komputer, bilik guru, kantin sekolah, pusat sumber dan 8 buah kelas serta kemudahan bilik persalinan di dalam tandas serta tandas guru.
  • Pada 2006, pra sekolah mula beroperasi.
  • Pada Mei 2007, sebuah pusat akses telah dibentuk
  • Pada akhir tahun 2007, PIBG telah menyediakan kemudahan internet pada semua komputer sekolah, termasuk makmal komputer yang telah dibina oleh PIBG.  

Seramai lima belas orang guru besar telah berkhidmat di sekolah ini sejak 1961 hingga 2014. Mulai, Januari 2014 Pn. Wan Noor Malinja binti Wan Chik menjalankan tugas sebagai Guru Besar di sekolah ini.

  • Pelajar sekolah adalah seramai 226 orang murid
  • Seramai 27 orang guru, seorang pembantu tadbir, seorang pembantu am rendah, seorang juruteknik makmal komputer, seorang pembantu pengurusan murid dan 6 orang pekerja swasta yang bertugas di sekolah ini.



4 comments:

  1. I am an ex student of his school. I am looking for past teachers (1974-1979) whereabout. Would appreciate your kind assistance

    ReplyDelete
  2. Assalam warga SK(P) Jalan Yahya Awal. Saya mula melangkah ke alam persekolahan pada tahun 1966 dalam darjah satu dan guru besarnya pada masa itu adalah Pn Rafe'ah...sangat nostalgia...

    ReplyDelete
  3. Hi..I was here from 1975-1979..student

    ReplyDelete